Sunday, March 25, 2012

mendekati sahabat baru

Apakah perbezaan di antara kawan dan sahabat?

 

Kawan boleh dikatakan rakan biasa yang boleh didapati dimana sahaja,
tetapi sahabat mempunyai maksud yang lebih mendalam.

Untuk mencari sahabat yang sejati kala susah dan senang tidaklah semudah yang disangka.

 
Disini terdapat tips bagi sesiapa yang ingin mendapat sahabat baru.


  • SENYUM - Senyuman adalah satu sedekah dan tiada salahnya jika kita melemparkan snyuman kepada sesiapa sahaja apabila tersempak dengan mereka. Senyuman dengan niat yang ikhlas dapat mengembirakan hati seseorang. Dan secara tidak langsung , apabila kita senyum kawan baru ini tidak akan segan silu untuk mendekati anda bagi memulakan persahabatan.

  • BERCAKAP - Ajaklah kawan baru anda berbual terlebih dahulu untuk mengetahui latar belakangnya dengan lebih lanjut. Ia merupakan satu bonus apabila anda sudah mengetahui minatnya, hobinya, dan kesukaannya maka gunakanlah dengan sebaiknya. Tidak salah jika anda memperuntukkan sedikit masa  untuk berbicara dengannya bagi mengeratkan lagi silaturahim yang terjalin.

  • SERIUS - Jangan menunjukkan aksi yang serius ketika bersembang dengan rakan baru kerana mereka akan menganggap anda tidak mudah didekati. Sudah menjadi asam garam antara dua orang sahabat untuk bergurau senda. Oleh itu,lupakan sebentar sikap terasa hati anda demi sahabat baru yang disayangi.
  • PERAMAH - Sifat peramah amat digalakkan untuk anda yang ingin mendekati kawan baru. Mereka dapat merasakan anda mengambil berat ke atas dirinya dan boleh berkongsi suka dan duka bersama. Cukuplah sekadar bertanya khabar mengenai keadaannya.
  • LAWAK - Sebagai permulaan persahabatan, senda gurau adalah perlu supaya lebih ceria dan kehidupan and berdua dihiasi dengan keceriaan setiap masa.


 

terjaGa daRi LenA

 


. . . . . . . . z    z    z  z         z  z            z            zz       z   z . . . . . . . . . 
dah lama tak update blog...
credit to rossahira saa sbb bagi semangat kat Huda utk rajin mengupdate semula ...
sebab dia tolong renovate DIARI HATI SI GADIS CRAYON